fbpx

​Pentingnya Penapis Air

PERHATIAN!

Laman web ini akan membongkarkan tentang pentingnya penapis air rumah.

​Perlu ke kita penapis air di rumah?

Banyak sangat kat pasaran yang menjual penapis air.. tapi yang mana yang betul bagus?


Masalah Air

Pencemaran sumber air kini menjadi satu isu yang sedang hangat diperkatakan. Pembangunan yang tidak sekata serta pertumbuhan zon-zon industri sangat membimbangkan. Pembuangan sisa-sisa toksik di salurkan terus ke sungai yang mana sumber air kita.

Kebanyakkan zon-zon industri dan kilang-kilang ini terletak jauh di luar bandar dan ini menyusah pihak berkuasa untuk memantau aktiviti mereka. Sisa-sisa toksik dari kilang-kilang tersebut adalah amat berbahaya kepada manusia. Ini adalah antara sebab-sebab utama manusia mengalami pelbagai jenis penyakit moden.

"1 dalam 10 orang tidak mempunyai akses kepada air bersih" sumber dari water.org

Sumber air semulajadi dinegara kita tercemar teruk. Sebenarnya kajian diperingkat antarabangsa telah menunjukkan bahawa kualiti air diseluruh dunia telah menurun disebabkan pencemaran air yang semakin teruk.

Tidak dinafikan lagi, sumber air sememangnya tercemar dengan bahan-bahan berbahaya kepada kesihatan manusia. Walaupun air telah dirawat di logi air, namun bahan berbahaya masih ada kerana pencemaran air yang berlaku pada sumber air semula jadi.

Antara bahan-bahan berbahaya dalam air paip adalah:

  • Kotoran seperti pasir, lumpur, lumut dan lendir.
  • Logam berat seperti plumbum, nikel, aluminium, tembaga, merkuri, cadmium, dan arsenik yang menyebabkan kanser dalam jangka masa panjang.
  • Mikroorganisma seperti berbahaya bakteria dan kulat yang boleh menyebabkan cirri-birit dan penyakit lain.  
  • Kandungan klorin yang terlalu tinggi menjadi toksik pada sel-sel tubuh badan.
  • Bahan nitrat seperti baja pertanian menyebabkan bau busuk pada air.